Saturday, November 12, 2016

ANTARA MEMORI ATAU TRAGEDI






Assalamualaikum. ❤





Pernah dengar tak pasal healing crisis ? Okay samelaa saya pun tak pernah dengar. Dengan Shaklee lah saya belajar macam macam. Dengar semua yang saya tak pernah tahu langsung. Dasyat kan ? Terasa macam ish ketinggalan nya saya ni. Kesian !




Sampailah terjadi sendiri pada diri saya. Ceritanya macam ni. Masa tu saya baru je join Shaklee sebagai ahli. Upline saya, bagi saya cuba tiga supplement asas yang wajib kita ambil. Set Optimum atau basic Shaklee kita panggil. Tujuh biji untuk seminggu.




Pertama VITA-LEA





VITA-LEA





Dua B Complex




B COMPLEX





Tiga Vitamin C



VITAMIN C






Okay, dan masa tu saya makan sebiji Vita-Lea, sebiji B Complex dan sebiji Vitamin C. Makan serentak lepas sarapan. Serentak tu bukanlah maksudnya saya telan terus tiga tiga biji tu. Hehe. Tapi pada masa yang sama lah dan sebiji sebiji. Lebih kurang lepas dua tiga jam perut dan tekak saya rasa lain macam. Nak buat kerja pun tak selesa. Tak senang duduk. Tunggu masa je. Perut seakan ditekan tekan untuk sampai ke tekak untuk saya keluarkan.






Tak tahan sangat saya terus berlari ke toilet dan apa ?? Muntah lah apa lagi. Tahu tak apa yang keluar masa muntah tu? Keluar semula nasi goreng yang saya sarapan pagi tu. Bukan sikit tau, tapi semua sekali. Ya Allah masa tu, dah kenapa pulak ni. Tak fikir apa apa lagi masa tu. Then saya rasa dah ok. Kepala ada lah pening pening (Belum kahwin lagi lah, dah macam org preggy la pulak. Hahaha).






Saya sambung buat kerja macam biasa. Dah muntah kan, for sure perut rasa macam lapar sebab dah kosong. Mana ada selera dah nak telan apa apa. Sampai rasa takut nak makan sebab takut muntah lagi. Aigooo. Saya ni, kalau diberi pilihan antara cirit birit dan muntah, saya pilih cirit birit tau, Sebab muntah ni, tekak pun rasa tak sedap, perit, tak selesa tau tak. 






Masuk waktu lunch, saya macam berkira-kira nak makan ke tak. Saya pergi kerja bawa bekal. Senang tak perlu keluar lunch dan menjimatkan masa. Nanti kalau tak makan perut masuk angin. Okay saya makan. Tapi dengan tak berseleranya. Sebab tekak rasa perit lagi. Makan jugak, tapi sikit je dan tak habis. Takpelah isi perut. Dalam dua jam lepas tu perut dengan tekak saya buat hal lagi. Berlari ke toilet jugak dan muntah. Keluar makanan lunch tadi lah. Sampai berair mata, merah padam muka. Apa yang sedang berlaku ni.. T_T






Balik rumah macam biasa dalam jam 6 lebih ke jam 7 tu saya akan terus makan malam. Selera benau sebab lapar kan. Haha kesian. Tambah pulak saya memang jenis kuat makan. Masa tu saya belum ambil ESP lagi untuk control nafsu makan saya ni. Hihi. Dan lepas maghrib, tragedi yg sama. Berlari ke toilet walaupun toilet tak jauh, sebelah bilik je. Hahaha. Berlari lah sebab takut termuntah sebelum sampai destinasi. Hihi. Keluarlah makanan yg sedap sedap saya makan petang tadi. Rasa macam membazirnya buang makanan. Hahaha. (Merepek). Start dari petang tu badan saya dah terasa lemah longlai dah, akibat dari muntah yg tiada henti.





Ibu dah risau sampai suruh along bawa saya ke klinik. Saya cakap taknak. Nanti dulu. Ok dah terfikir nak whatssap upline dan bagitahu apa yg sedang berlaku pada saya. Saya cerita semua dan big question saya adalah, "Ni sebab supplement tu ke ?" Dan saya pun memang tak pernah makan apa apa supplement sebelum ni, dia pun cakap "ni mesti healing crisis ni". Okayyyy baru faham. Saya sampai cakap kat ibu yg nasi goreng pagi tadi tu dah basi. Jahatnya saya kan. Tapi bukan salah nasi goreng lah sebab lunch dan dinner pun keluar semula. Hmmm.





Upline saya pun explain semuanya dan saya sampaikan pulak pada ibu dan ibu mengerti. Yelah baru join Shaklee, tak dan lagi nak gali pasal healing crisis. Dah kena kat batang hidung sendiri, haaa rasalah. Hahaha. Saya di advise untuk merehatkan perut sebab perut masih terkejut terima makanan sihat. Tiba tiba je masuk sampai 3 kan, yg sebelum ni tak pernah pernah. Hehe.





Perhatikan jadual kat bawah ni, dan saya mengalami masalah hati sebab symptom yg saya alami adalah loya loya. Barulah saya tahu keadaan dalam badan saya ni, Sangat jammed dan teruk.





HEALING CRISIS/KRISIS PENYEMBUHAN





Dan apa kita nak buat kalau mengalami healing crisis ni ?











Haaa hati banyak sangat toksin ! T_T  Saya stop seminggu sampai betul betul rasa perut dah ok. Dan selepas seminggu baru saya teruskan semula tiga supplement tu. Alhamdulillah ok takda muntah lagi.






Dan antara symptom lain healing crisis :












Anda beruntung sebenarnya kalau alami macam saya. Tu tandanya supplement tu sedang menjalankan proses penyembuhannya. Kat situlah kita tahu yg kita ni sebenarnya sihat ke tak. Cukup vitamin ke tak. Jangan sangka tak pernah sakit tu sihat sepenuhnya. Ingat tu. Ada je yang bila saya cakap pasal Shaklee diorang cakap pernah je makan. Tapi dah stop sebab keluar jerawat yg banyak sesangat lepas makan supplement. Takut. Semua yang negatif lah. Dan bila saya explain pasal healing crisis ni pun masih tak faham dan tak peduli nak faham. Takpa tu hak masing masing kan.





Bahan bahan Shaklee semuanya semulajadi. Makanlah banyak manapun, yang perlu diserap dia akan serap. Yang tak perlu dia akan dikeluarkan melalui air kencing kita. So tak perlu takut untuk consume Shaklee. Tak bahaya. Tiga perkara anda perlu tahu kalau anda nak consume Shaklee :



  • SENTIASA SELAMAT
  • SENTIASA BERFUNGSI
  • SENTIASA MESRA ALAM





Mindset kena jagalah. Negatif anda fikir, negatif lah anda akan dapat. Okay? Dan sekarang dah banyak supplement yg saya ambil. Nak tahu apa, tunggulah next entry saya ya. Hehe. Dan saya pencinta Shaklee. Saya sayang Shaklee ! Apa yg saya katakan Tragedi kat sini tu masa loya loya, muntah muntah sampai badan lemah longlai. Yang Memorinya tu sistem penyembuhan ke atas tubuh badan saya. Hehe.




Sekian perkongsian saya yg sedikit yg sederhana saja menariknya. Makan dua jam jugak nak tulis blog ni. Tambah pulak baru nak belajar berblog. Haha.





Terima kasih kerana sudi membaca.


Salam sayang untuk semua.









Share this PostPin ThisEmail This


0 comments:

Post a Comment