Sunday, November 13, 2016

AKU RINDU !

Assalamualaikum. ❤


Hye ! Sementara tengah ada idea. Dannnn tetiba teringat kenangan ke Langkawi trip bersama Diploma Syariah (B) KUIS. Tapii entry ni saya tak dapat nak recall semua. Dah lama sangat, saya share mana yg ingat saja. For sure entry ni saya dedikasikan khas untuk sahabat tiga (3) tahun KUIS saya. Heee.





Tak sure Langkawi ni planning dan idea siapa. Okay, dan trip tiga (3) hari dua (2) malam. (ni recall dalam pasti tak pasti je ni) Hihi.





Kami bergerak secara berasingan lelaki dan perempuan. Yang perempuan kawasan selatan (Melaka, Bangi) kitorang jumpa dan tunggu di KL Sentral.  Lepastu naik apa yg macam keretapi, KTM jugak ke, okay tak ingat. Hahaha. Bergerak dari KL Sentral ke Kedah selama satu malam. Lebih kurang 10 malam bergerak dan sampai di Kedah dalam jam 8 pagi camtu. Terus ambil teksi menuju ke Jeti Kuala Kedah. Nak naik ferry la apa lagi. Hihi.





Sampai kat sana bebudak lelaki dah sampai dulu dah. Kak Fatin pun dah ada sana sebab dia oghang Kedah. So dekat je la dari Kuala Nerang ke Jeti Kuala Kedah. Hehe. Terus beli tiket dan naik feri ! Crowded jugak, orang ramai sangat. pening kepala.




Antara gambar dalam fery. Hehe. Entry khas untuk kengkawan, so kita banyakkan gambar diorang je lah. Heeee.






DALAM FERRY




First time saya naik ferry. Mabuk jugak lah kalau ferry kena lambung lambung ombak. Tu yg duduk dendiam je. Hahaha.



Sampai kat sana terus ke homestay yg telah di booking. Macam sebiji rumah lah. Sebelah pintu untuk lelaki, sebelah perempuan. Sampai dan rehat rehat.





Esoknya baru mula aktiviti kami. Ada pergi tiga (3) pulau. Pulau pertama saya tak ingat nama, macam ada nama tengkorak kot. Haha. Plan nya malas le nak membasahkan badan. Tapi macam rugi pulak. Okay tukar baju dan ke pantai lah kami. Hehe.









PULAU TAK INGAT NAMA




Tak lama pun kat situ sebab dah nak maghrib. Hehe. Terus balik ke homestay rehat rehat sebab esoknya ada lagi aktiviti Island Hoping ! Lets !




Naik bot la nak ke pulau pulau tu. Ish sangat leceh la kan bagi orang perempuan. Macam macam pakaian nak kena di get ready kan.









ATAS BOT





First pergi ke mana dulu ek. Pulau Beras Basah atau Tasik Dayang Bunting. Haish tak ingat sungguh. Takpela saya cite dedua sekali. Hehehe.








PERJALANAN MENUJU KE TASIK DAYANG BUNTING




Dannn inilah dia Tasik Dayang Bunting. cantik kan. Air dia jernih sangat tapi sangat dalam lah. Yang pandai berenang je bolehla berenang kat sini.










TASIK DAYANG BUNTING





Cukuplah saya sekadar take take photo, teruja tengok keindahan flora dan fauna. Tenangg sangat. 











Dann lepass tuu, nak balik dahhh. Eh bukan balik homestay, nak pergi next island pulak. Ngee. Next kami pergi Pulau Beras Basah pulak. Haaa yg bebudak pempuan ni sakan nak naik banana bot. Saya nak nak jugak. Dalam hati takut. kihkih.






BANANA BOT



DAH SUDAH MAIN AIR



Esoknya pergi Cable Car pulak. Si penakut nak naik cable car lagi. Haha. Pertama kali dulu naik masa darjah 6. Ni dapat naik lagi.




BERATUR BELI TIKET, KEMAIN PANJANG







DAH NAIK




Okay ni dalam cable car. Saya tengah cover takut tu. Haha. Gayat wey ! Tinggi baq hang. Yg korang ni nak berselfie la pulak.









DALAM CABEL CAR






Lepas dah naik, kitorang jalan jalan lah sekitar kawasan tengok2 lah apa apa souvenir yg rasa nak beli.














SELFIE SELFIE


BILA NAK WELFIE TAPI TAK NAMPAK SEMUA. HAHA





Dah balik homestay, malam tu kitorang keluar makan. Lapar wey ! Hehe. Lepas makan singgah Dataran Helang. Apa lagi tangkap la gambau pepuas sebab esok nak balik dah. Hee.













APA MOTIF BERGAMBAR KAT SINI WEY. HAHA






NAK NAMPAK HELANG PYE PASAL. PANJAT2.


PEACE



Sekian kepuasan menangkap segala memory di Dataran Helang. Hehe. Mohla balik, tidur. Tapi yang sebenarnya bukan tidur pun masa tu. Duk cot cet cot cet sampai ke pagi. Haha.



Sambil sambil tu siapkan barang, esok nak gerak balik dah. Tapi sebelum balik kitorang singgah beli souvenir dulu. Hehe. Apa nama tempat pun tak ingat dah.




ADA GAMBAR DALAM VAN JE. HEHE


Dan lepastu kami pun bergerak balik ke destinasi masing masing. Very the puas. Enjoy the moment. Last kami jumpa . Sebab tu rasa macam sayaang sangat nak tinggalkan masing masing. Then masa tu siap ada sesi sedih sedih lagi. Haha. Lawak sungguh.





Okay setakat ni saja yg saya mampu recall. Sakit kepala wey. Hihi.  Kalau perasan semua gambar saya sangat tidak menarik kan. Sebabnya saya memang jenis tak pandai pose ! Hahaha. Sebelum tu nak tanya, rasa rasa ada lagi tak trip kali kedua ? Confirm lah takde dah. Sebab now semua dah ada life memasing, Sangat susah nk jumpa kan. InsyaAllah ada masa dan kesempatan we will meet again!





Thank you sudi baca ! (Hugss) 😍

Share this PostPin ThisEmail This


0 comments:

Post a Comment