Friday, August 26, 2016

EPISOD BARU

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum .

This is my first entry..


Kenapa nak buat bisnes? Memang ada pengalaman bisnes ke? Jawapan untuk kedua-dua soalan itu "tidak". Takda pun ahli keluarga saya yang buat bisnes dan saya sendiri pun takda pengalaman langsung. 

Saya straight to the point la ya. Pendekkan cerita. Taknak la ada yang bosan membaca nanti. So saya cerita sikit-sikit je la. hehe.


SHAKLEE. Yee biz Shaklee la yg saya sedang nak mulakan ni. Cuma saya baru je lepas coaching live dengan mummy sy. Mar namanya. Coaching all about shaklee dari mula sampai akhir. Banyak sangat input yang saya dapat dalam masa dua jam. All about SHAKLEE. Yess. satu biz yang bukan cikai-cikai tau. Dan takda yang negatif pun pasal shaklee. Semua best belaka. hehe.


(Happy ! )


Saya terinpirasi dari senior sekolah menengah saya sendiri. (Oh ! Aku TERINSPIRASI ! Hehe.) Dah lama sebenarnya follow beliau di facebook dan instagram. Tapi entah kenapa masa tu takda langsung rasa nak join Shaklee ni. Betul kata beliau, hati kita ni Allah yang pegang kan. So, atas kehendak DIA la dengan sendirinya saya nak bersama dengan Shaklee. Saya sendiri pun tak sangka.


Ya. saya tahu bukan senang nk biz kan. Tapi apa salah saya cuba usaha. Saya nak juga jadi macam org lain. Nak sangat. Especially senior-senior yang dah berjaya dalam shaklee. Tak kira la rank apa pun. Mereka tetap INSPIRASI saya. Orang kata susah-susah dahulu. Senang-senang kemudian.


Saya taknak dah jadi orang yang suka ambil "port" tentang apa yang keluar dari mulut orang pasal kita. Lagi-lagi bila benda tu negatif. Tu sume akan men "negatifkan" diri kita dan pemikiran kita. Sampai bila kita nak jadi orang yang negatif kan.

Taknak dah jadi orang yang rendah atau langsung tiada keyakinan diri !

Taknak dah jadi orang yang malas !

Taknak dah jadi orang yang suka bertangguh !

Taknak dah jadi orang TIADA MATLAMAT HIDUP !

NO ! SAYA TAKNAK DAH !!



Akhir kata, sebelum sy akhiri entry sulung saya ni, mohon doakan saya supaya dikuatkan semangat dalam permulaan langkah sy ke dalam shaklee ni. Jika ada dugaan-dugaan kecil, saya terima sebab itu akan menambahkan semangat dan usaha saya serta bakal menjadi asbab kenapa saya berada bersama Shaklee bila saya sudah berjaya suatu hari nanti. Aamiin. Saya baru sangat-sangat nak belajar, teringin nak belajar dan nak sangat belajar.


Inilah EPISOD BARU yang saya maksudkan.

Terima kasih kerana sudi membaca. ;)

Salam sayang untuk semua.. :)





Share this PostPin ThisEmail This


0 comments:

Post a Comment