Sunday, December 25, 2016

TIPS KALAU TERCEKIK TULANG

Assalamualaikum ❤



Sebelum tu entry ni simple je. Tapi moga berguna utk semua. ;)




Pengalaman saya sendiri. Dulu2 pernah lah kena. Sekarang dah jarang sgt. Tapiii dlm mggu lepas kan. Hamper cecah seminggu jugak, tekak saya ni  seolah macam ada tulang tau. Aikk org sepatutnya kena tercekik tu masa tengah2 makan kna. Ni tak. Macam tetiba je rasa. Kot tulang tu boleh pulak berjalan terus ke tekak selepas 4 5 jam sudah makan. Aiyooo. Pelik bebenau.




Rasa macam ada tulang dan mcm rasa bengkak tau. Kadang rasa sakit sikit, kdg rasa sakit sesangat sampai nk telan tu sakit gila. Dua tiga hari tu boleh lah tahan lagi. Ni dah nak sampai seminggu memang tak boleh jadi. Apa lagi. Panggil lah ibu suruh bacakan ayat kat air.




The amazing my ibu tau ! tak tahu dari mana dan sejak bila ada kelebihan tu. Haa ada satu cerita dalam dua tahun lepas, ibu pernah warded sbb darah tinggi. Depan katil ibu ada seorang patient pangkat macam nenek la dgn saya. Tengah2 makan tercekik tulang. Ibu dgn rela hati pergi lah bacakan ayat kat air putih dan bagi die minum. Alhamdulillah nenek tu cakap takda rasa sakit dah mcm tulang tu hilang.




Siapa pernah tercekik tulang ?? Tulang ikan laa, sebab lagi halus kan. Kalau tulang ayam tu mcm pelik sikit. Hihi.




Okay, ni satu tips macam mana nak hilangkan rasa sakit tulang kat tekak tu. Untuk tulang tu keluar mgkin mcm musthil lah, tapi insyaAllah rasa sakit hilang seolah olah mcm tulang tu dah berjaya keluar dari tekak.





1) Ambil segelas air putih (atau tak kisahlah kot memang mnum air dari botol ke kan, tak kisah lah.


2)  Bacakan surah Al-Fatihah 1 kali

3)  Surah Al-Ikhlas (qul huwallahu ahad) 1 kali

4) Surah Al-Masad  (tabbat yada abi lahabiwwatab )  1 kali 





Baca ketiga tiga ayat ni sambil niat dalam niat supaya Allah hilangkn rasa sakit tecekik tulang tu.
Baca semua ayat ni pada air, dan tiupkan ke air. minum dan berniat juga dalam hati. Dan setiap kali minum air bacalah ayat ayat tu, lagi bagus. InsyaAllah dengan izin Allah. Setiap ayat Al-Quran kan adalah penawar.



Oh ya sambungan kisah saya tadi, Alhamdulillah lepas dua 3 hari rasa sakit semakin hilang dan hilang. Baru dapat menelan dgn senang hati. Azimat seorang ibu ! sememangnya doa seorang ibu mmg tiada hijab. Saya kalau sakit kepala ke mesti saya mintak ibu yg picitkan. Memang lega ! 




Terima kasih kerana sudi membaca, moga bermanfaat. ;)

Share this PostPin ThisEmail This


Wednesday, November 23, 2016

KALAULAH .....

Assalamualaikum




Sebab tunggu idea mai. Ni baru ada entry lagi. hehe. kalaulahhh duluuuuu saya tak boross, mesti saya dah kaya sekarang. tak kaya takpa ! tapiii banyak duit. imagine lah sekarang umur dah 24 2016, tapiii pengurusan kewangan seolah hidup segan mati tak mahu je tau. maluunyaaa. hmmm. ni sume sebab nafsu yang tah hape hape. dok shopping sakan sejak ada jualan online. ishh ! rasa nak terjun laut bila ingat balik. menyesal gila gila. eh laut bahaya sangat. parit je lah kecik sikit. hihi.



tak salah nak beli beli. tapiii kenapa tak beringat ? yg tak perlu tak payahla beli. kan ? haaa magho magho. tak marah. nasihat. hmmm. umur dah makin banyak. duit lagilah tak banyak, aigoooo. what should i do right now !!



dan dengan itu saya berazam bina impian bersama shaklee. biar pun masih mentah. baru 3 bulan join shaklee. kalau org dgr pun rasa meluat. eh at least saya ada kesedaran tau. nak majukan diri. nak ada pengurusan kewangan yg sangat baik. banyak benda dah saya belajar dengan shaklee.



betul lah, shaklee buakn bisnes cikai2 tau. saya pun tak pernah tahu ada bisnes hebat macam ni. srious teruja ! doakan saya tau. sampai jadi MASTER COORDINATOR ! Amiinn..



#MisiRoadToSupervisorShakleeDisember2016
Share this PostPin ThisEmail This


Wednesday, November 16, 2016

IMPIAN 2

Assalamualaikum. ❤



Korang pernah tak kadang kadang rasa macam nak berubah ? nak ubah jadi lagi baik ? mesti pernah kan. sama lah macam saya. kalau dulu masa zaman sekolah menengah, saya dididik dari sekolah dengan memakai tudung labuh. itu pun arahan dan saya memang sekolah agama. tapii makin lama saya jadi makin seronok sendiri, makin ikhlas sendiri. betul lah. teruslah berbuat kebaikan walau dalam keadaan terpaksa. lama kelamaan terpaksa itu yg akan buat kita ikhlas sendiri. seronok ! yaa sungguh ! perasaan tu rasa sangat best !



Alhamdulillah, lepas habis sekolah saya belajar untuk istqamah. ustaz cakap bukan senang nak jadi baik. Allah tahu buakn senang nak jadi baik. sebabb bila nak jadi baik lah dugaan lagi banyak datang. nak dengan taknak je kita kena tahan dan hadap. iblis mana suka kita jadi baik. dia kalau boleh nak kita jadi sama macam dia. satu geng dengan dia. kat sini lah berjalan nya peranan hati dan iman kita. kena selalu doa moga dikuatkan Iman dan dikuatkan Hati. Allah tahu semuanya.



Alhamdulillah, walaupun saya memang bukan datang dari keluarga yg kuat ilmu agamanya. tapi saya tak jadikan tu sebagai alasan. sebab berpakaian mengikut syariat tu adalah perintah Allah. mengaku jugk, kadang kadang selalu je terbabas. tengok orang bergaya sikit, dan kadang kadang pun tudung ter jadi pendek. tapii cepat cepat istighfar dan balik semula. susah kan ? pucuk pangkal balik pada hati kita. 



habis sekolah, masuk kolej dan alhamdulillah sekali lagi saya terjaga dengan persekitaran yg sangat menjaga dari ssegi semua aspek. pakaian, adab, majlis majlis ilmu. yaa saya seronok sangat ! dapat belajar kuatkan lagi hati nak terus bertudung labuh. bila kita dikelilingi kawan kawan yang baik, kita pun akan jadi baik. trust me ! kita adalah sapa kawan kawan kita.



habis kolej saya dah keluar dari suasana yang sangat sayang. yang saya saaangat takut kalau saya hilang. sekarang dah kerja. bila kerja dah berdepan dengan dunia luar. sangat faham macam mana ujian nya kan ? kat sini laaagi lah kita kena kuat ! sangat perlu ! saya selalu rindu kawan kawan yang selalu tarbiyah saya. yang selalu mengingatkan saya. saya selalu cari inisiatif sendiri untuk jaga iman dan hati.


satu perkara yg berlaku pada diri saya sekarang, saya saaangat jatuh cinta tengok sesiapa saja yg berpurdah atau berniqab. saya respect golongan sebegini. bukan senang senang tau. golongan begini saya label mereka ada hati yg cuuukup kuat. dunia sekarang tak macam dulu. nilai iman senipis bawang. sangat mudah rapuh.


dalam diam saya ada admirer sorang hamba Allah ni. suka tengok dia berniqab. padahal dia dulu adalah seorang yang free hair. dan mula mengambil keputusan utk berhijab, lepas nikah terus berniqab. MasyaAllah. really inspired. ada jugak saya tanam niat utk berniqab. tapiiii bukan semudah itu. sedangkan nak berubah jadi baik pun bermacam dugaan kena hadap. inikan tiba tiba terus nak berniqab. sendiri tahu sangat susah. melainkan kalau saya memang dilahirkan dalam family yg jenis faham soal ni semua.


doakan saya moga terus dikuatkan hati dan iman. dan dapat capai niat murni yg jauh di sudut hati ni. Amiinn.



terima kasih sudi baca 😍😍😍
Share this PostPin ThisEmail This


BARU NAK BELAJAR

Assalamualaikum.❤


Takpelaaa. Kalau tengok orang lain punya blog, entry diorang dari tahun 2008. Fuhhh gila lamee. kompem top gila kan ? tak kisah pun. saya bangga je kalau ada yang terbaca blog saya, kalau ada lah. even follower baru je dua kerat. sadis. baru je dari tahun 2016. kesian sikit lah jugak kat diri sendiri. hehehe.



Nama pun baru nak belajar. baru join shaklee. baru nak belajar buat biz. baru nak serap bebanyak ilmu. baru nak rajin rajin baca. baru nak sibuk sibuk gali ilmu. baruuuu nak belajar ada blog dan ada entry ! haaaa semua tu boleh belajar. saya tengah nak belajar la ni. takde masalah kan. hehe. korangg tolong support je lahhh. 



saya memang pengedar shaklee. tapii takde lah saya wajib nak buat entry saya pasal shaklee saja kan? insyaAllah saya akan share memacam dan bermanfaat.



Peaceee ~~ 👌👌👌
Share this PostPin ThisEmail This


AKU SAYANG KAU !

Assalamualaikum. ❤



Bila sahabat lama mula menghantui hidup kau. 12 tahun wey ! Haha. Nasib baiklah dapat invitation wedding kau. Sumpah rindu. Tup tup dah kawen dah si zirah gila ni. Hahaha. Niat whatssap nak tanya kabar pantin baru je. Terus dengan ayat ayat gila kau. Aku tahu kau memang takda blog. Dann kau ingat senang ke aku nak abadikan ceritera KAU dalam belog aku. Silalah ucapkan kata syukur. Alhamdulillah, bagusss :p




Aku tak dan nak intro pape wey ! Haha. Dan aku tak pernah terfikir nak promote Shaklee pada kau, tapi kau yg tanya duluu. Wihiii. Sebab kau jeles sahabat kau yg mmg comel ni dah semakin comel, kan. Haha.








Memula tu, "seriouslah kau nak makan?" tekujat tekujat teman. Hehe. Tapiii rupanyaaaa










Ek eleh, tadi beriya tanya pasal untuk kulit dan slim. Memang percaya lah kalau untuk dia. Tetiba die cakap utk laki dia pulak . Kah ! Kan ke aku kate kau ni gila. Hahaha. okay lah, fine lah. Orang dah ada laki kan. Hehe. Dah kau tanya, aku bagi lah tahu.











Wajib ada yang di blur blur kan. Tu sume sebab soalan dan usikan yang lambat sikit pick up nya. Sudahnya tergencet gencet sikit lah dalam perbualan tu. Hehe.










Yelaaa dah kau tanya, aku wajib bagi jawapan jujur. Kang nanti kau tuduh aku pengedar Shaklee penipu dan tak guna. Ceyt ! Jangan kau berani, aku baru je nak belajar buat biz okay. Kehkeh.











Memanglah kau kena cuba jugak. Dann carik aku, tau ! Dah pepenat aku explain bagai, kau carik orang lain plak. Hehe. Taklaaa, rezeki Allah bagi. Takde ah aku nak pakse kau. Tak kose ! Orang Melaka cakap. Hihi.










Kau dah kenapa ? Sesi sedih sedih. Serious speehcless. Tak pernah ada orang cakap gini kat aku,. Siap kawan syurga tu rasa nak meleleh kejap. huhu. Maknanya mmg aku ni kawan baik kau kan kan kan? Hehe. Ingat kau sorang je ke. Aku lagi rindu kau tahap gaban tahu tak? Sob sob.









Dahtu, nak gedik gedik shake shake kat aku pulak ? Hahaha. Ting tong layan kau tau. Aku tak jumpa lagi kawan macam kau nih. Please come back to me. Hmmm. Dah jadik bini orang nak come back hapenya. Tapiiii thank you sudi doakan aku. "Kecik" memang kau panggil aku dari dulu. I know that.




Hmm, aku pun always doakan kau. Satu dalam sejuta kau ni. Takde jumpa lagi dah aku. 


Antara fakta menarik yg masih segar dalam kotak fikiran tentang KAU dan AKU :



1) Dulu kau pustakawan pakai baju kaler kuning, aku pengawas musolla pakai baju kaler pink
2) Dulu kau gemuk, jangan mara bila kita jalan dua dah macam adik kakak. srius rasa macam kau bodyguard aku. kehkeh.
3) Dulu kita sesama nasyid wakil sekolah ! sumpah kenangan paling indah
4) Kau sendiri mengaku kau suka sakitkan hati aku, tapiii aku tak rasa sakit pun yg sebenarnya sakat je tuu.
5) Dannn AKU SAYANG KAU BEB ! kau sayang aku tak. hehe



Sayang kau lah beb ! Dunia akhirat. Behave okay dah jadik bini orang. Jaga laki bebaik. Hehe. sahabat baik saya ni nama dia NUR HAZIRAH BINTI HJ. MD. AZHARI . (hugss) ❤




Terima kasih sudi baca 😍😍😍




Share this PostPin ThisEmail This


Tuesday, November 15, 2016

BREAKFAST SAYA

Assalamualaikum. ❤



Semalam follow ayah ibu beli barang dapur kat family store. Amek kesempatan sikit. Sikit je. Beli susu dutch lady perisa baru "Cocunut Delight". Hehe. Nak try menu baru. Maka angkut la saya se bundle susu kotak hat kecik tu je. Ngee ~



ada 6 kotak je



Buat stok untuk 6 hari je. Dah habis nanti saya beli lah lagi. Hihi. Daann pagi tadi bermula lah new mission. Nak bancuh ESP shake bersama dutch lady coconut.



bahan bahannya (acah sangat) 




1) ESP
2) SEKOTAK SUSU DUTCH LADY (COCONUT DELIGHT)
3) AIR PUTIH FROM WATER PITCHER


 
Senang je. Budak tadika pun tahu buat. Haha.







Masukkan la satu atau dua atau tiga sudu ESP dalam shake tumbler yg comel tu. Ikut suka awak la ye. Saya cukup satu scoop saja. Hehe.









Lepastu amek la sekotak susu dutch lady tadi dan masukkan sampai habis. Okay ngam ! 








Dann masukkan air. Jangan air panas ya. Nanti hilang terus khasiat protein ESP. Rugi je. Saya guna air dari Shaklee Water Pitcher. Sebabnya dia bersifat alkali. InsyaAllah dapat meneutralkan keasidan dalam badan kita.









Ni lah dia sebotol ESP + Coconut delight bersedia untuk di shake shake dan boleh terus minum. Fuhhh ~~ Sedap gila. Pekattt. Best gilaaa.








Ringkasan cara cara pembikinan nya. Senang je kan. Hehe. Boleh lah cuba nanti. Sangat sedap ! Tak tipu. Kena tahu ya kepentingan protein untuk badan kita. Dan untuk saya semestinya untuk memberi tenaga yang berpanjangan. Bila dah kenyang sarapan, lunch dah kurang rasa nak makan. Alhamdulillah. Salah satu proses untuk diet jugak kan ?



Antara lain manfaat ESP yang korang perlu tahu ialah :



1) Merangsang semula pembentukan kulit dan otot
2) Membantu mengurangkan kedutan dan agen anti penuaan
3) Membaiki masalah keguguran rambut
4) Mmpercepatkan pengeluaran susu bagi ibu hamil
5) Mmbuat kulit jadi gebu, licin dan cerah
6) Awet muda
7) Menganjalkan payudara
8) Mengatasi kulit kering
9) Membantu merendahkan paras kolestrol
10) Mencegah sakit jantung.



Kat mana nak dapatkan ESP Shaklee ni? Boleh dapatkan dari saya. Boleh pm dan whatssap saya. InsyaAllah the best consultation you will get from me. Hehe 



Terima kasih sudi baca 😍
Share this PostPin ThisEmail This


BILA DAK IDA MENGIDAM

Assalamualaikum ❤



Taraaaaa ! Mempersembahkan menu pertama ekslusif from dak Idaaaaa. Okay. tipuuuu. Haha. Gila la kalau dak ida masak. Spaggety marinara. Jeng jeng jeng.







Setelah sekian dua minggu menahan mengidam. Haha. Dasat nau. Teringin nak makan spaggeti katanya. Tapii bukanlah hat secret recipe tu ke. Dan lain lain western yg memerlukan bajet lebih RM20 hengget kauu utk satu menu. Sesekali takpela jugak. Nampak sedap kan kan kan? Sedap mmg sedap tapi disebabkan tak sihat, selsema, telinga pekak, batuk dan sebagainya. Makan tadi macam ada rasa lain macam. Itu salah tekak hamba. Hakikatnya mmg sedap. Tengok tu, banyak gila. Udang sampai empat ekor dia bagi kaw. Lepastu sudahnya tadi makan tak habis. Sayangnya lahai. (udang habislah. hehe)




Ni kat kedai feberet family saya. Ada western jugak. Bezanya, mampu bayar. Very the murah gitew. Dan sedap. Dan banyakkkk wey kalau makan sensorang kompem kenyang, mengah, dan terase nak muntah. Siyes ni. Haha. Tapi yg tu la yg bagus. Bukan western je ade, Yang biasa biasa pun adaa. Hehe.



Bolehlah nak cuba. Kedai ni asalnya di Bukit Katil. Tapi dah pindah ke Malim pun masih orang carik. Sebab berbaloi. Nanti nk cuba boleh lah roger roger saya. Hehe. Di Melaka tau.



Terima kasih sudi baca tau. 😍
Share this PostPin ThisEmail This


DOLU DOLU (DULU DULU)

Assalamualaikum . ❤



Bila kau dah esaited nak buat entry. Data pun macam tak beghape ikhlas nak laju. Lantak lah haku nak jugak. Ce teka bila masanya saya update ni. Lepas balik kerja, sampai je rumah terus zap zup zap. Ngeh ngeh. Tadi lepas solat asar, belek belek muke kat cermin. Tahu ke tak belek tu hape. Belek belek la. Tengok tengok. Usha usha. Ter stop pada bekas yg dh sekian lama bertapa kt muka ni. Bekas dulu kena chicken chop. Eh salah. Chicken pox laa.



Sejarah 12 tahun lepas. Sekarang saya dah 24. Maknanya masa darjah 6 dulu lee. Lambat nau nak tunggu hampa teka. Lama jugak weyh kena tu. Very the sengsara.  Sob sob. Masa tengah type ni kepala saya gagah mengimbau.




Saya kena masa tu teruk jugak. Lepastu orang tua tua cakap, tak boleh keluar rumah. Pantang. Kadang petua org tua ni ada betulnya. Mesti ada sebab kenapa diorang larang. Tapiii masa tu urgent weyh. Kena keluar jugak. Dan dan la masa tu sampainya tarikh besday saya. Maksudnya kena pergi buat ic. Dengan bangganya, eh mana bangga. Malu dengan bengkak bengkak muka dah macam kes dera rumahtangga. (sorry tu contoh saje. Kita belum nikah lagi) kihkih




Pergi lah daku buat ic tapiiii tanya dulu pada officer tu . Ni kalau tangkap gambau, nampak tak hat yg kena tumbuk ni. Okay tu ayat tipu. Nampak tak yg chicken pox ni. Hmm dijawabnya, tak boleh ni. Teruk sangat. Memang nampak kalao dalam gambau. Huishh jangan buat pasal. Jangan rosakkan fotoku dalam ic nnti. Kah !



Dan saya dengan ibu dengan ayah pun balik lah. Tak tercapai hasrat buat ic pada masa tarikh lahirku. Lepastu pegi makan kat kedai . Dan dan la ada makcik ni nak bertegur sapa pulak. Eh ber ni bertegur hat kat muka ni haa. Aihh la macik . Benda ni pun tak bole ditegur. Okay yg tu saya tak igt apa yg macik tu cakap. Yg saya igt lepas je dah kena tegur tu malamnya saya mimpi ada keling keling dok beratur pepanjang sambil campak bunga kat saya. Masa tengah baring. Mak aiih. Seram weyh. Esoknya pulak saya demam. Saya cite kat ibu pasal mimpi saya. Ibu cakap chicken pox ni memang asal dari badi india. Ah sudah. Lagi meremang bulu romaa. Huwaaa. Scary.




Hampir dua minggu jugak kena. Lebih kurang lah.  Dan parut parut yg tinggal bukan senang nak hilang. Yg keluar kat muka pulak sume hat besau besau datuk nenek tu. Tu yg sampai sekarang ada lagi bekas kekal yg takkan hilang.



Giteww. Sejarah dan terciptanya. Hehe. Terima kasih sudi baca. 😍
Share this PostPin ThisEmail This


Monday, November 14, 2016

UJIAN KECIL DARI ALLAH

Assalamualaikum. ❤



Ya Allah, what happened to me right now ?? Peningnya kepala yang amat ! Ini pun sebab tengah kerja kat office. Kalau kat rumah dapatlah baring, bagi relax. Dengan berat kepalanya. Selsema. Batuk. Sakit tekak. Saya seorang yang sangat susah nak kena sakit. Serious talk. Dan bila sekali terkana sakit pun jarang jarang jugaklah teruk. Masih boleh bertahan.



Alhamdulillah, sekurang kurangnya sakit sikit saja. Saya memandang semua ini adalah Ujian dan Tarbiyah dariNya. Mungkin juga ada sesuatu yang Allah dah sediakan untuk saya. Cuma saya perlu kuat dan sabar je. Tak mengeluh. Tak merungut. Redha. Betul lah orang cakap, hargailah nikmat Sihat. Manfaatkanlah sebaiknya. Once bila jatuh sakit, satu kerja pun rasa tak kena. Rasa tak sempurna.



Nampak je macam kuat. Macam boleh tahan sakit. Tapi realitynya tersangat mengada ngada nya saya. Hahaha. Biasalah orang perempuan. Hehe.


Doakan saya cepat sembuh ! ;)




Share this PostPin ThisEmail This


PERCAYA SEBELUM BERJAYA PART 1

Assalamualaikum. ❤




Nak try try update blog pakai phone ni. Hehe. Harini bonus Shaklee masuk. Harini jugak dah empat (4) hari Allah uji dengan sakit. Sakit sikit je. Sabar yg kena tinggi. Alhamdulillah, tanda Allah masih peduli kan. Bos dengar je saya batuk terus pergi belikan saya ubat. Lengkap, ubat sakit tekak, demam, selsema dengan cair kahak. Haha. Tak tahu ke saya ni orang supplement. Hihi. Tu lah sebab agaknya saya ni rasa nak demam tapi tak jadi jadi. Hehe. Ada yang prevent. Yelaaa fungsi supplement kan mencegah. Fungsi ubat menyembuh. Tapiiii selagi kita boleh cegah, tak perlu lah makan ubat kan ? Lagi satu saya ni seorang yang tak suka ubat ! Haha.





Saya nak cerita ni. Penglibatan saya dalam Shaklee bermula pada bulan September. Masa tengah sibuk sibuk along nak kahwin, masa tu jugaklah sibuk nak coaching dengan mummy. Haha. Semangat weyh ! Dah daftar as a member, then settle coaching.





Bulan pertama saya study je semua tentang Shaklee. Sebab daftar tu nak dekat hujung bulan dah. Bulan Kedua baru saya start dan terus struggle. Very struggle. All out segala ilmu yg saya dah serap dari mummy dan leader leader.




Alhamdulillah, tak sangka dapat grab target seperti yg disumpah oleh Master Ainul dan Nanny Athirah.  Sumpah okay. Saya rasa tercabar. Haha. Dan bulan kedua tu adalah bulan pertama saya terima bonus dari Shaklee. Bagaikan mimpi. Berbaloi la kan dengan usaha. Syukurrr sangatt. !





Dan harini saya terima bonus utk bulan ketiga jugak, Oktober. Masih tiga angka.  Alhamdulillah. Mindset saya tentang Shaklee cuma satu, bisnes Shaklee bukan bisnes cikai cikai, dan Shaklee dah lahirkan ramai jutawan berjaya. Dan doa serta impian saya, untuk berada di kalangan mereka jugak. Mudah mudahan. Aminn. Amin kan lah. Hehe.




Doakan saya. Percaya sebelum berjaya ! 😍
Share this PostPin ThisEmail This


Sunday, November 13, 2016

AKU RINDU !

Assalamualaikum. ❤


Hye ! Sementara tengah ada idea. Dannnn tetiba teringat kenangan ke Langkawi trip bersama Diploma Syariah (B) KUIS. Tapii entry ni saya tak dapat nak recall semua. Dah lama sangat, saya share mana yg ingat saja. For sure entry ni saya dedikasikan khas untuk sahabat tiga (3) tahun KUIS saya. Heee.





Tak sure Langkawi ni planning dan idea siapa. Okay, dan trip tiga (3) hari dua (2) malam. (ni recall dalam pasti tak pasti je ni) Hihi.





Kami bergerak secara berasingan lelaki dan perempuan. Yang perempuan kawasan selatan (Melaka, Bangi) kitorang jumpa dan tunggu di KL Sentral.  Lepastu naik apa yg macam keretapi, KTM jugak ke, okay tak ingat. Hahaha. Bergerak dari KL Sentral ke Kedah selama satu malam. Lebih kurang 10 malam bergerak dan sampai di Kedah dalam jam 8 pagi camtu. Terus ambil teksi menuju ke Jeti Kuala Kedah. Nak naik ferry la apa lagi. Hihi.





Sampai kat sana bebudak lelaki dah sampai dulu dah. Kak Fatin pun dah ada sana sebab dia oghang Kedah. So dekat je la dari Kuala Nerang ke Jeti Kuala Kedah. Hehe. Terus beli tiket dan naik feri ! Crowded jugak, orang ramai sangat. pening kepala.




Antara gambar dalam fery. Hehe. Entry khas untuk kengkawan, so kita banyakkan gambar diorang je lah. Heeee.






DALAM FERRY




First time saya naik ferry. Mabuk jugak lah kalau ferry kena lambung lambung ombak. Tu yg duduk dendiam je. Hahaha.



Sampai kat sana terus ke homestay yg telah di booking. Macam sebiji rumah lah. Sebelah pintu untuk lelaki, sebelah perempuan. Sampai dan rehat rehat.





Esoknya baru mula aktiviti kami. Ada pergi tiga (3) pulau. Pulau pertama saya tak ingat nama, macam ada nama tengkorak kot. Haha. Plan nya malas le nak membasahkan badan. Tapi macam rugi pulak. Okay tukar baju dan ke pantai lah kami. Hehe.









PULAU TAK INGAT NAMA




Tak lama pun kat situ sebab dah nak maghrib. Hehe. Terus balik ke homestay rehat rehat sebab esoknya ada lagi aktiviti Island Hoping ! Lets !




Naik bot la nak ke pulau pulau tu. Ish sangat leceh la kan bagi orang perempuan. Macam macam pakaian nak kena di get ready kan.









ATAS BOT





First pergi ke mana dulu ek. Pulau Beras Basah atau Tasik Dayang Bunting. Haish tak ingat sungguh. Takpela saya cite dedua sekali. Hehehe.








PERJALANAN MENUJU KE TASIK DAYANG BUNTING




Dannn inilah dia Tasik Dayang Bunting. cantik kan. Air dia jernih sangat tapi sangat dalam lah. Yang pandai berenang je bolehla berenang kat sini.










TASIK DAYANG BUNTING





Cukuplah saya sekadar take take photo, teruja tengok keindahan flora dan fauna. Tenangg sangat. 











Dann lepass tuu, nak balik dahhh. Eh bukan balik homestay, nak pergi next island pulak. Ngee. Next kami pergi Pulau Beras Basah pulak. Haaa yg bebudak pempuan ni sakan nak naik banana bot. Saya nak nak jugak. Dalam hati takut. kihkih.






BANANA BOT



DAH SUDAH MAIN AIR



Esoknya pergi Cable Car pulak. Si penakut nak naik cable car lagi. Haha. Pertama kali dulu naik masa darjah 6. Ni dapat naik lagi.




BERATUR BELI TIKET, KEMAIN PANJANG







DAH NAIK




Okay ni dalam cable car. Saya tengah cover takut tu. Haha. Gayat wey ! Tinggi baq hang. Yg korang ni nak berselfie la pulak.









DALAM CABEL CAR






Lepas dah naik, kitorang jalan jalan lah sekitar kawasan tengok2 lah apa apa souvenir yg rasa nak beli.














SELFIE SELFIE


BILA NAK WELFIE TAPI TAK NAMPAK SEMUA. HAHA





Dah balik homestay, malam tu kitorang keluar makan. Lapar wey ! Hehe. Lepas makan singgah Dataran Helang. Apa lagi tangkap la gambau pepuas sebab esok nak balik dah. Hee.













APA MOTIF BERGAMBAR KAT SINI WEY. HAHA






NAK NAMPAK HELANG PYE PASAL. PANJAT2.


PEACE



Sekian kepuasan menangkap segala memory di Dataran Helang. Hehe. Mohla balik, tidur. Tapi yang sebenarnya bukan tidur pun masa tu. Duk cot cet cot cet sampai ke pagi. Haha.



Sambil sambil tu siapkan barang, esok nak gerak balik dah. Tapi sebelum balik kitorang singgah beli souvenir dulu. Hehe. Apa nama tempat pun tak ingat dah.




ADA GAMBAR DALAM VAN JE. HEHE


Dan lepastu kami pun bergerak balik ke destinasi masing masing. Very the puas. Enjoy the moment. Last kami jumpa . Sebab tu rasa macam sayaang sangat nak tinggalkan masing masing. Then masa tu siap ada sesi sedih sedih lagi. Haha. Lawak sungguh.





Okay setakat ni saja yg saya mampu recall. Sakit kepala wey. Hihi.  Kalau perasan semua gambar saya sangat tidak menarik kan. Sebabnya saya memang jenis tak pandai pose ! Hahaha. Sebelum tu nak tanya, rasa rasa ada lagi tak trip kali kedua ? Confirm lah takde dah. Sebab now semua dah ada life memasing, Sangat susah nk jumpa kan. InsyaAllah ada masa dan kesempatan we will meet again!





Thank you sudi baca ! (Hugss) 😍

Share this PostPin ThisEmail This